Carian
WhatsApp Sedang Membangunkan Keupayaan Berkongsi Kandungan Terus Ke Aplikasi Lain
December 4, 2024 Amy Maizuraa

WhatsApp mula menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan mesej atau media serta merta ke aplikasi media sosial lain. Seterusnya meningkatkan proses komunikasi ke tahap lebih baik dalam menyediakan pengalaman aplikasi lebih mesra pengguna. Antara aplikasi yang diperlihatkan secara jelas setakat ini termasuklah Instagram, Facebook dan Twitter (X). Bagaimanapun perkongsian melalui Instagram dan Facebook hanya dikhususkan pada bahagian stories sahaja.

Perkongsian turut boleh dilakukan dengan hanya menekan salah satu ikon aplikasi yang disokong melalui bar pemberitahuan baharu di bahagian bawah. Kemudian menyiarkan mana-mana mesej, foto, video atau GIF merentasi platform lain tanpa memerlukan langkah tambahan, di mana membolehkan kemaskini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Terdapat juga hal penting perlu diberi perhatian iaitu perancangan lanjut untuk sokongan perkongsian ke Snapchat, di mana mencerminkan peranannya untuk menjadi ruangan perkongsian kandungan merentas berbilang platform yang lebih fleksibel.

Buat masa ini ia masih di peringkat pembangunan, dan akan tersedia dalam kemaskini akan datang tanpa perkongsian tempoh masa khusus yang didedahkan.

Komen