Apple Memperkenalkan Pemalam iCloud Password Untuk Pengguna Mozilla Firefox
December 4, 2024
Aplikasi
Aman
Apple kini dilihat telah menerbitkan sebuah pemalam khas untuk para pengguna pelayar web Mozilla Firefox, iaitu pemalam iCloud Passwords. Pemalam ini ditawarkan secara percuma, dan boleh dipasang oleh semua pengguna pelayar web Firefox.
Melalui iCloud Passwords, ia memudahkan para pengguna untuk mengisi kata laluan pada sejumlah perkhidmatan web, terus daripada iCloud Keychain. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan anda daftar masuk ke akaun sedia ada, yang mana maklumat akaunnya disimpan pada iCloud Keychain.
Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh memuat-turun pemalam ini, dan menggunakannya dalam menguruskan kata laluan anda di web.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.