Tidak dinafikan, Grab adalah aplikasi super (SuperApp) terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan harian dari Malaysia. Selain daripada perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran makanan, Grab juga mempunyai pelbagai tarikan lain yang membolehkan pengguna menambah kredit, membuat pembayaran bil dan mengumpul baucar sesuai dengan keperluan membeli-belah di beberapa halaman dalam aplikasi.
Perkhidmatan Grab kini semakin berkembang pesat selaras dengan berkembangnya zaman hasil daripada keterbukaan dan kesalinghubungan dunia, lalu terus komited dalam melaksanakan peranannya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan bagi rakyat di seluruh negara dengan menyediakan kehidupan lebih baik. Dengan adanya penyelesaian berasaskan teknologi secara tidak langsung menggalakkan kecenderungan orang ramai terhadap menjadi usahawan untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan ini. Peluang yang terus hadir turut memberikan kemudahan dan efisien kepada orang ramai dan secara tidak langsung membawa peluang besar bagi perkembangan dunia kerja.
Grab Di Barisan Hadapan Revolusi Digital
Hasilnya juga membawa perubahan yang luas bagi pasar tenaga kerja apabila Grab Malaysia berjaya merancakkan perkembangan ekonomi khususnya di Johor dengan komuniti Rakan Grab di negara itu mampu menjana pendapatan melebihi RM500 juta pada tahun 2023 sahaja. Malahan sejak dilancarkan di Johor pada tahun 2013, Grab Malaysia telah menyediakan peluang pendapatan melalui platform berasaskan penyelesaian teknologi kepada hampir 100,000 Rakan Grab di negeri Selatan itu yang termasuk lebih 400 orang kurang upaya (OKU) dan 3,000 Rakan Wanita Grab.
Keperluan digital sasi yang mendesak dalam kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk memasarkan perniagaan telah membuatkan Grab Malaysia melakukan penyesuaian mengikut keadaan semasa di dalam platform tersedia bagi memudahkan mereka. Inisiatif itu turut menyaksikan sektor berkenaan menyaksikan penambahbaikan dengan lebih 500,000 PKS di rantau Asia Tenggara yang mendaftar dengan platform Grab pada tahun 2023. Khususnya PKS di johor yang banyak memanfaatkan ekonomi tempatan lalu mencatatkan pertumbuhan sekitar 4 peratus tahun ke tahun.
Turut dinyatakan bahawa secara purata lebih 50 peratus PKS di Johor mempunyai perkhidmatan cemerlang mencapai 5 bintang dengan sebilangan besar penilaian pengguna yang melebihi 4.3 bintang. Pada masa yang sama terus mengukuh dan berkembang laju memandangkan nilai dagangan kasar (GMV) GrabFood dan Grab Mart juga dikatakan meningkat 67 peratus daripada angka sebelum ini. Situasi terkini turut menyumbang kepada persekitaran pasaran yang positif dengan jumlah capaian pengguna aktif bulanan sebanyak 42 juta secara keseluruhannya setakat ini.
Statistik itu juga mencetuskan lonjakan ketara dalam gaya hidup digital, dan dijangka kekal tinggi dan terus melonjak kerana transformasi ekonomi digital kekal didorong oleh nilai serta kemudahan ditawarkan pembelian dalam talian. Platform Grab kini turut melayani 1 daripada 20 orang di seluruh Asia Tenggara menunjukkan peranannya yang penting dalam menghubungkan komuniti.
Grab Sebagai Penggerak Kehidupan Harian
Melihat akan potensi Grab dalam menjana pendapatan menjadi titik permulaan kepada beberapa rakan Grab berkecimpung dalam bidang penyelesaian dalam talian. Setiap satu daripadanya juga mempunyai kisah realiti yang cukup berinspirasi yang mungkin dapat memberi motivasi dan dorongan positif kepada mereka yang mempunyai matlamat dan fokus yang sama. Walaupun masa yang singkat, kami di Amanz mengambil peluang dalam pertemuan empat mata dengan salah seorang Rakan Grab berkaitan iaitu Nurfarra Aiza untuk bertanyakan tentang pengalaman dan cabaran sebagai pemandu Grab wanita. Pada awalnya, Farra yang juga pernah bekerja sebagai pembantu guru sebelum ini cuba mencari peluang untuk menjana pendapatan dengan lebih baik.
Menurut Nurfarra jumlah pendapatan diterima sewaktu bekerja sebagai pembantu guru sebelum ini hanya sekitar RM300 sebulan. Susulan itu, gadis berkenaan mencabar diri untuk keluar dari kepompong zon selesa untuk menjadi lebih baik dengan bekerja sambilan sebagai pemandu Grab. Sokongan daripada bapanya turut menjadi pembakar semangat dan motivasi buat gadis yang berusia 28 tahun itu untuk terus mencipta kejayaan dalam pemilihan kerjaya sambilan yang dipilih. Di situ juga lah, perjalanan Nurfarra bermula dengan mengambil lesen serta menyelesaikan hal-hal yang berkaitan, selain itu menggunakan kereta sewa sahaja pada awalnya.
Pada masa yang sama Nurfarra juga harus pandai dalam menguruskan masa antara belajar dan bekerja memandangkan Nurfarra juga merupakan salah seorang pelajar yang sedang di tahap pengajian Master. Bagaimanapun ia bukanlah satu bebanan malahan Nurfarra mengatakan Grab memberikan kelebihan utama dalam menentukan jadual yang sesuai dengan gaya hidup individu, sekaligus membolehkan dirinya menguruskan waktu kerja secara fleksibel. Bahkan turut mengakui Grab bantu meningkatkan pendapatan utamanya sehingga kini boleh memiliki sebuah kereta sendiri.
“Grab adalah satu pekerjaan yang sangat fleksibel. Jadi, saya boleh buat Grab pada waktu pagi kemudian pergi kelas pula di waktu petang.
” Daripada situ juga saya melihat Grab boleh menjadi salah satu pilihan yang menarik bagi mereka yang ingin meningkatkan pendapatan dengan jadual kerja yang fleksibel.”
“For student, Grab also a very good opportunities sebab kita manage untuk bekerja dan belajar dalam masa yang sama”, kata Nurfarra Aiza dalam sesi bualan singkat bersama kami.
Turut dikongsi adalah beberapa lagi kisah kejayaan Rakan Grab Johor yang dikongsi seperti Ahmad Farish Bin Abdul Halib yang beralih daripada pekerjaannya dalam sektor pembuatan untuk mencari cabaran baharu dengan menjadi rakan-pemandu Grab sejak tahun 2017. Sementara itu Restoran Hua Mui kembali menyertai program restoran ‘signatures’ mereka sekaligus mengiktiraf GrabFood sebagai platform yang menyokong pertumbuhan mereka.
Begitu juga dengan Nasi Ayam Resepi Abah Original Ipoh yang dikatakan menyumbang kepada peningkatan jualan bulanan mereka lebih daripada 80% dari November 2023 hingga Januari 2024. Menyelami keindahan Nasi Ayam Resepi Abah Original Ipoh memulakan perjalanan bersama Grab adalah menarik. Pada asasnya, Nasi Ayam Resepi Abah Original Ipoh menjadi destinasi terkenal untuk nasi ayam berkonsepkan masakan Melayu yang lazat.
Melalui komitmen terhadap kualiti dan hubungan yang baik sesama pelanggan membolehkan kedai ini berkembang pesat, dan maklum balas yang positif turut bantu mengukuhkan perniagaan mereka. Melangkah ke hadapan, Nasi Ayam Resepi Abah Original Ipoh turut memperhebatkan pengaruhnya dalam kempen pemasaran yang turut mempercepatkan pertumbuhannya secara signifikan.
Ini telah menyumbang kepada peningkatan jualan bulanan mereka lebih daripada 80% dari November 2023 hingga Januari 2024. Kisah kejayaan Nasi Ayam Resepi Abah Original Ipoh mencerminkan dedikasi dan adaptasi, di mana menjadikannya Rakan Grab yang menonjol.
Pengalaman Pelancongan Terbaik
Pemulihan industri pelancongan negara yang semakin memberangsangkan telah menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan dalam talian melalui Grab turut meningkat. Bermula daripada perkhidmatan memesan makanan kepada perjalanan, ia menawarkan kemudahan pada setiap langkah.
Grab berkongsi statistik yang menunjukkan sebanyak 65 peratus pelancong luar menggunakan aplikasi mereka sewaktu melancong ke Malaysia, sekali gus membuktikan peranan penting platform Grab dalam meningkatkan pengalaman percutian mereka. Malaysia juga merupakan destinasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai, di mana menduduki tempat ketiga paling popular di Asia Tenggara selepas Singapura dan Thailand, dengan 25% pelancong mengunjungi Malaysia dalam tempoh 12 bulan lalu untuk menghadiri acara hiburan utama.
Melihat perkembangan ini, Grab telah memperkenalkan Grab Tourist Pack, yang menawarkan penjimatan segera untuk perjalanan dan makanan di tujuh negara termasuk Malaysia. Melaluinya mereka hanya perlu membayar RM3.50 untuk menikmati penjimatan sehingga RM65 pada penghantaran makanan, mart dan perjalanan. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pelancong, tetapi juga meningkatkan jualan perniagaan di negara ini.
Melalui perkongsian dan kerjasama berterusan dengan komuniti setempat, Grab Malaysia teruja untuk memacu kemajuan di Johor. Dengan teknologi yang memudahkan kehidupan harian, platform ini turut mampu mencipta impak ekonomi sebenar lalu menyokong Johor sebagai pusat inovasi, pelancongan, dan peluang.
Penafian: Advertorial dari Grab Malaysia