Nilai Bitcoin Akhirnya Melangkaui $100,000
December 5, 2024
Effi Saharudin
Nilai wang kripto Bitcoin akhirnya melepasi $100,000 selepas nilainya turun dan naik seperti yoyo beberapa hari yang lalu. Ketika artikel ditulis, nilai satu Bitcoin ialah $ 101,589 (~RM 450,034) yang adalah yang tertinggi sejak ia mencecah hampir $99,000 minggu lalu.

Awal minggu ini nilai Bitcoin turun sehingga sekitar $94,000 sebelum melonjak semula. Nilai mata wang kripto ini beberapa kali memecahkan rekod terdahulu pasca kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.