Luno, bursa aset kriptowang popular di Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai lebih dari 1 juta pengguna aktif di negara ini, dan telah melapotkan jumlah urusniaga melangkaui RM87 bilion.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/image-14-950x712.png)
Pada tahun ini, Luno juga telah merekodkan peningkatan jumlah transaksi dari tahun-ke-tahun sebanyak 32 peratus, dan ini membantu dalam meningkatkan jumlah kumulatif urusniaga ke angka tersebut. Sehingga kini, Luno telah memproses lebih dari 72 juta transaksi kriptowang, merangkumi deposit dan pengeluaran Ringgit, serta pemelian, penjualan, penghantaran dan penerimaan aset-aset digital.
Scarlett Chia, Pengurus Besar Luno Malaysia juga mengatakan bahawa purata umur pelanggan Luno di Malaysia ialah sekitar 34.8 tahun, dan deposit median untuk para pelanggan Luno yang baru ialah sekitar RM100. Lima kriptowang yang paling popular di platform tersebut juga dilaporkan adalah Bitcoin, Ethereum, XRP, Solana dan Ripple.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/image-15-950x712.png)
Dalam pada itu, Luno juga memperlihatkan jumlah 3.6 juta muat-turun aplikasi mereka di Malaysia, dimana 2.6 juta daripada jumlah muat-turun tersebut adalah melalui platform Android, dan hampir satu juta adalah melalui platform Apple iOS.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/image-16-950x712.png)
Luno juga telah melancarkan Luno Institutional, sebuah perkhidmatan baharu yang menyasarkan para pelabur institusi, pedagang profesional dan pengurus dana dengan tetapan akaun lanjutan untuk membolehkan penyertaan beberapa entiti serentak dan juga pengurus akaun khas untuk penyelesaian solusi disesuaikan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Bitcoin-Disember-2024--950x1117.jpg)
Dengan nilai Bitcoin kini dilihat telah melangkaui $100,000 untuk setiap kriptowang tersebut, ia diilhat bahawa industri perdagangan matawang tersebut akan dilihat lebih kukuh lagi selepas ini.