Carian
ChatGPT Kini Mempunyai 300 Juta Pengguna Aktif Mingguan
December 5, 2024 Aman

OpenAI kini berkongsi data terbaru mereka, mengatakan ChatGPT kini mempunyai 300 juta pengguna aktif mingguan. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan penggunaan dan kebergantungan para pengguna terhadap perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan tersebut.

Ia dikatakan bergerak ke hadapan, pada 2025, OpenAI menyasarkan untuk mempunyai 1 bilion pengguna aktif. Angka pengguna aktif yang tinggi ini juga mungkin membantu mereka dalam beralih kepada model yang disokong iklan – seperti yang sedang dirancang firma tersebut.

Integrasi ChatGPT kini sedia dilakukan pada produk-produk Apple, selain oleh Microsoft melalui CoPilot. Sebelum ini, ia turut diperkatakan OpenAI sedang berbincang dengan pihak Samsung untuk mengintegrasikan ChatGPT pada produk mereka.

Selain itu, OpenAI turut telah mula memperkenalkan sokongan enjin carian dinamakan ChatGPT Search, dan turut diperkatakan sedang pertimbang untuk membangunkan pelayar web tersendiri.

Komen