Perdana Menteri sedia melahirkan kekecewaan disebabkan kelewatan dalam implementasi pelaksanaan identiti digital, MyDigital ID. Pada masa yang sama, melalui mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara yang terbaru, Perdana Menteri turut menyentuh berkenaan beberapa sasaran sedia ada dalam projek berkenaan.
Salah satunya adalah MyDigital ID, yang mana disasarkan mempunyai 15 juta pengguna berdaftar berumur 15 tahun ke atas, termasuk 1.3 juta penjawat awam. Mengikut angka terakhir yang dikongsikan MyDigital ID, mereka mempunyai 1 juta pengguna berdaftar pada platform mereka.
Dalam usaha mengembangkannya, untuk tahun 2025, MyDigital ID disasarkan untuk diintegrasikan pada aplikasi-aplikasi kerajaan, termasuk MyJPJ, LHDN, dan lain-lain.
Bagi anda yang ingin mendaftar MyDigital ID, boleh melakukannya melalui aplikasi rasminya yang boleh dimuat-turun melalui Google Play Store dan juga Apple App Store.