Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu kenyataan terkini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 6 hingga 8 Disember 2024. Ia melibatkan portal rasmi dan sistem MySikap yang menyebabkan sejumlah besar perkhidmatan tidak boleh diakses diantara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh berkenaan. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang akan terlibat seperti yang disenaraikan di bawah;
- Kaunter JPJ Negeri, Cawangan & UTC;
- JPJ Mobile;
- Portal Awam & Portal Rakan Niaga;
- Integrasi Bersama Agensi & Rakan Niaga;
- Aplikasi MyJPJ;
- JPJeBid;
- Kios JPJ; dan
- Vehicle Entry Permit (VEP) – Pembayaran eWallet
Turut dimaklumkan bahawa gangguan berkenaan disebabkan penyelenggaraan sistem oleh pihak JPJ. Pada masa sama mereka memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan. Sebarang urusan yang berkaitan dengan JPJ disarankan untuk dibuat pada sebelum atau selepas kerja-kerja penyelenggaraan sistem berkenaan.