Mozilla kini mengemaskini sekali lagi penjenamaan mereka, dan mula menggunakan rekaan logo berbentuk dinosaur dan juga bendera dengan huruf “M”. Penggunaan penjenamaan baharu ini menggantikan penjenamaan sebelum ini yang menggunakan teks “Moz://a”. Penjenamaan baharu ini dikatakan mengekalkan semangat “aktivis” oleh jenama tersebut, selari penawaran alternatif untuk perkhidmatan dan perisian – seperti pelayar web Firefox.
Selain pada rekaan, Mozilla juga kini menggunakan warna hijau sebagai warna utama – menggantikan penggunaan warna merah sebelum ini. Ini sekaligus memberikan nafas baharu untuk syarikat tersebut.
Mozilla mengatakan perubahan dan peralihan jenama ini akan dilakukan secara berfasa bermula hari ini. Web rasmi Mozilla telah mula menggunakan penjenamaan dan nafas baharu ini.
Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan dengan penjenamaan baharu ini?