Infinix Hot50 4G Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM499
Amy Maizuraa
Infinix Malaysia melancarkan peranti pintar baharu menerusi Hot50 4G yang menampilkan spesifikasi pertengahan selain julat harga mampu milik. Melaluinya peranti berkenaan menggunakan pemproses Mediatek Helio G100 (6 nm) yang dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Ia juga hadir dengan skrin sebesar 6.8-inci FHD+ LCD yang berkadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 800nits untuk pengalaman tontonan menarik. Selain itu dilengkapi tetapan kamera utama 50MP (f/1.6), swafoto 8MP, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, bateri 5000mAh dan sistem pengecasan 18W. Peranti ini dijual di Malaysia pada harga RM499 dengan pilihan warna seperti kelabu, merah jambu, ungu, hijau dan hitam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.