Carian
Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Lagi Di Bawah Siri C
December 5, 2024 Amy Maizuraa

Realme Malaysia akan melancarkan peranti pintar baharu lagi di bawah siri C pada 17 Disember 2024. Bagaimanapun imej promosi yang dikongsikan kepada umum tidak pula mendedahkan butiran lanjut mengenai peranti pintar berkenaan. Semakan kami mendapati peranti Realme C75 didapati melepasi pengesahan SIRIM Malaysia dengan 21 November yang lalu.

Oleh itu, kita boleh menjangkakan pelancaran berkenaan mungkin mempunyai perkaitannya dengan peranti yang dimaksudkan. Andai kata misalnya jangkaan ini benar, peranti juga berpotensi menawarkan spesifikasi seperti model sedia ada. Di mana LCD FHD+ 6.72-inci 90Hz, cip Helio G92 Max, bateri 6,000mAh, kamera utama 50MP dan swafoto 8MP boleh digunakan.

Namun perlu ditegaskan hal ini sekadar jangkaan awal semata, malah Realme sendiri masih belum berkongsi lanjut mengenai produk yang bakal dilancarkan. Sama-sama nantikan kemaskini akan datang untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkara ini.

Komen