Jepun ialah antara negara yang menghadapi masalah golongan tua yang semakin meningkat tetapi kadar kelahiran semakin menurun. Kadar kelahiran semasa ialah 1.2 bayi oleh setiap wanita sedangkan kadar 2.1 diperlukan bagi mengekalkan populasi serta tenaga kerja. Menjelang 2050, lebih separuh penduduk Jepun akan berumur lebih 64 tahun.
Oleh itu pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan semula kadar kelahiran. Di Tokyo, waktu bekerja empat hari seminggu telah diperkenalkan khususnya untuk pekerja wanita yang berumah tangga. Dengan inisiatif ini waktu kerja anjal boleh diambil oleh pekerja bagi memastikan kerja tidak akan mengganggu urusan membesarkan keluarga. Governor Tokyo turut berjanji menyelesaikan isu kekurangan pusat penjagaan kanak-kanak dan menggalakkan pembekuan telur oleh wanita.
Beberapa provinsi di dalam Tokyo telah mencuba waktu bekerja empat hari seminggu sejak April lalu. Daerah Miyagi misalnya akan membenarkan semua penjawat awam bekerja empat hari seminggu menjelang 2026. Sementara itu di daerah Iwate pula melakukan perkara yang sama kerana permohonan kerja yang semakin menyusut. Di Malaysia hanya beberapa syarikat swasta melakukan perkara yang sama tetapi jumlahnya masih terlalu kecil.