FreePik merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam arena kreatif. Selain menawarkan akses kepada sejumlah bahan-bahan kreatif, FreePik juga kini aktif dalam memperkenalkan perkara baharu berasaskan kecerdasan buatan.
Terbaru, FreePik mengumumkan laman sehenti yang membolehkan anda menjana video anda sendiri, dikuasakan oleh model kecerdasan buatan. Melaluinya, pengguna boleh memilih model yang diinginkan, dan seterusnya menjana video terus melalui laman sehenti tersebut.
Menariknya juga, pengguna boleh memilih untuk menjana video berkenaan menggunakan promp, atau turut menggunakan gambar sedia ada. Antara model yang disokong melalui FreePik ini adalah Kling 1.5, LumaLabs, Runway, Mochi V1 dan juga Minimax.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran FreePik ini melalui halaman janaan video AI mereka hari ini.