Carian
Meta Ingin Menggunakan Tenaga Nuklear Untuk Menguasakan Pusat Data Dan Teknologi AI
December 5, 2024 Aman

Meta kini berkongsi perancangan menggunakan tenaga nuklear dalam menguasakan pusat data mereka. Hal ini juga selari dengan penawaran pelbagai perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan yang memerlukan tenaga dan kuasa lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Selain Meta, ada beberapa syarikat lain yang telah mulakan proses beralih ke penggunaan tenaga nuklear, termasuk Google, Microsoft dan Amazon.

Meta merancang untuk menggunakan kapasiti sekitar 1-4 gigawatt (GW) tenaga nuklear di Amerika Syarikat, dan untuk tujuan tersebut, Meta telah membuka permohonan daripada pihak berkaitan yang boleh membangunkan dan menawarkan kapasiti tenaga tersebut. Meta merancang peralihan ini bermula awal 2030-an.

Meta sendiri sedia memfokuskan untuk memperluaskan penawaran Meta AI, dan menjadi penyedia perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan terunggul di dunia. Ini sekaligus akan memerlukan penggunaan tenaga yang lebih tinggi, yang membawa kepada peralihan tenaga berasaskan nuklear.

Komen