Misi Artemis ingin mengembalikan angkasawan NASA ke permukaan bulan buat pertama kali sejak 1977. Tetapi NASA telah mengumumkan Misi Artemis III yang pada asalnya dijadualkan pada tahun 2026 kini telah ditangguh ke pertengahan 2027.
Pada waktu yang sama misi Artemis II yang menghantar angkasawan mengelilingi bulan ditangguh dari September 2025 ke April 2026. Penangguhan dilakukan bagi memastikan kapsul Orion dapat disiapkan sepenuhnya sebelum krew manusia boleh dihantar.
Misi Artemis I telah berjaya dilakukan pada tahun 2022 dengan ia sekadar mengandungi tiga patung yang diberi nama Commander Moonikin Campos, Helga dan Zohar. Ketiga-tiga patung dilengkapi sensor radiasi, sistem bekalan oksigen dan sistem tekanan yang memastikan angkasawan manusia boleh melakukan misi dengan selamat kelak.
Sejak dari awal Misi Artemis berhadapan pelbagai isu seperti roket SLS yang ditangguh beberapa kali, kapal angkasa Orion tidak dapat disiapkan dan juga kegagalan ujian kapal angkasa Starship oleh SpaceX.