Instagram telah memperkenalkan beberapa kemaskini baharu pada Broadcast Channels. Antaranya seperti pengguna kini boleh membuat balasan dan berinteraksi diantara satu sama lain pada sebarang kemaskini pada Instagram Broadcast Channels. Ia berfungsi sama seperti ciri komen sedia ada dengan kebolehan membenarkan pengguna untuk berinteraksi yang melibatkan pertukaran maklumat dan idea melalui komunikasi non-verbal.
Kemudian balasan tersebut akan dikumpulkan dalam mesej asal bagi mewujudkan perbincangan yang teratur serta mudah difahami. Untuk mengaktifkannya pemilik Instagram Broadcast Channels boleh pergi ke ruangan tetapan kemudian pilih Channel controls dan klik Allow members to reply to messages.
Pemilik Instagram Broadcast Channels turut boleh menggunakan ciri Prompt untuk menghasilkan kandungan yang pelbagai serta menarik. Sebagai contoh jika pencipta tiada idea untuk menulis dan menerbitkan kemaskini harian maka ciri ini amatlah membantu. Melalui pemilik boleh memilih daripada topik yang dicadangkan atau membuat prompt sendiri sesuai dengan respons yang diingini. Pengikut pula boleh membalasnya dengan teks atau foto yang akan tersedia sehingga 24 jam sahaja, di samping menyukai komen (like) kegemaran masing-masing. Prompt ini boleh dibuat dengan hanya klik ikon ‘+’ pada Instagram Broadcast Channels kemudian pilih Prompt.
Akhir sekali, Meta turut bantu pencipta mengoptimumkan saluran masing-masing melalui kebolehan menganalisis capaian kandungan baharu. Ia boleh digunakan untuk menganalisis potensi semasa kandungan. Selain itu mengenal pasti konteks tertentu untuk memenuhi keperluan khalayak sasaran. Kesemua ciri baharu tersebut kini tersedia secara berperingkat untuk semua pengguna global.