Pasaran peranti boleh pakai global mencatat pertumbuhan kukuh dengan jumlah jualan sebanyak 52.9 juta unit bagi tempoh suku tahun ketiga 2024, iaitu peningkatan sebanyak 3 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Apple dan Xiaomi berada di tangga teratas dalam ranking pasaran peranti boleh pakai global yang dikeluarkan oleh Canalys pada Rabu.
Pengembangan itu disokong terutamanya oleh peningkatan yang kukuh untuk siri Mi Band 9 dan Redmi Watch 5. Kemudian Xioami meluaskan lagi barisan ini dengan menawarkan pelbagai pilihan seperti versi Pro, NFC dan Active untuk Mi Band 9, manakala versi Lite dan Active pula pada siri Redmi Watch 5.
Secara keseluruhan analisis menunjukkan sebanyak 8.5 juta datangnya daripada rangkaian produk Apple. Walaupun angka berkenaan meletakkan Apple di tangga teratas senarai peranti-boleh-pakai terlaris dengan bahagian pasaran sebanyak 16.1 peratus, tetapi pengeluar itu hanya mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak -3.6 peratus. Manakala Xiaomi dengan jumlah penghantaran dan bahagian pasaran yang sama dilihat mencatatkan pertumbuhan tahunan lebih baik sebanyak 37.3 peratus.
Menarik juga apabila Huawei mencatatkan peningkatan pertumbuhan tahunan besar-besar sebanyak 38.5% melalui jumlah penghantaran sebanyak 7.1 peratus dan bahagian pasaran 13.5%. Melengkapi ranking adalah Samsung dan Noise dengan masing-masing menyaksikan bahagian pasaran sebanyak 9.1% dan 4.7% yang diyakini didorong oleh segmen peranti boleh pakai asas terus berkembang terutamanya dalam kalangan pengguna baharu yang mencari jam tangan mampu milik.
- Laporan penuh – Canalys Newsroom