Carian
Realme C75 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Disember 2024
December 6, 2024 Amy Maizuraa

Perkongsian Realme sebelum ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai apabila muncul dengan imej yang mempromosikan produk baharu. Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila Realme tampil mendedahkan perkara sebenar mengenai hal tersebut.

Melaluinya Realme C75 yang juga berupa telefon pintar kelas baharunya bakal diumumkan. Malahan tarikh pelancaran rasmi juga dikongsi yang dijadualkan berlangsung pada 17 November 2024. Setakat yang diketahui telefon berkenaan mempunyai penarafan IP66/68/69 untuk tahap pelindungan yang tinggi terhadap air untuk pengalaman penggunaan lebih baik dalam pelbagai keadaan.

Butiran-butiran lain termasuk harga jualan rasmi masih dirahsiakan sehingga pelancaran rasmi kelak. Nantikan kemas kini selanjutnya daripada kami menerusi artikel akan datang.

Komen