Carian
Khas untuk Pengguna Unifi Home Broadband, Nikmati 6 Bulan Percuma Pascabayar Unifi 
December 6, 2024 Farah Izzati

Kami di Amanz telah menjalankan sebuah kajian peribadi untuk mengetahui jenama rangkaian internet yang digunakan oleh staf di pejabat. Menariknya, majoriti mengatakan mereka menggunakan Unifi sebagai rangkaian internet utama di rumah. Oleh sebab itu, saya telah membuat keputusan untuk mencuba melanggan Unifi Home Broadband selama sebulan dan merasai sendiri pengalaman menggunakannya. Akhirnya setelah sebulan, saya berasa amat berpuas hati dan terus membuat keputusan untuk bertukar ke Unifi Home Broadband serta-merta. Jadi, ini merupakan sebab-sebab mengapa anda juga perlu menukar ke Unifi Home Broadband, seperti saya.

Kenapa Saya Memilih Untuk Bertukar Kepada Unifi?

  1. Kelajuan Muat Turun Yang Terpantas  

Sebagai seorang yang gemar memuat menonton video pada kualiti yang tinggi dan kerap membuat carian di internet, saya semestinya memerlukan rangkaian internet yang pantas supaya proses memuat turun tidak mengambil waktu yang terlalu lama. Tetapi setelah menggunakan Unifi Home Broadband ini, segala proses memuat turun menjadi lebih lancar dan pantas. Jadi saya merasakan keputusan saya melanggan Unifi adalah tepat kerana ia memudahkan kerja saya dari segala aspek. Malah, waktu saya tidak terbazir dengan menunggu capaian internet yang perlahan. 

  1. Harga Langganan Yang Mampu Milik

Bagi saya, harga langganan internet merupakan faktor penting yang saya akan pertimbangkan kerana ia mempengaruhi komitmen bulanan saya. Bukan itu sahaja, kelajuan internet yang pantas dititikberatkan agar saya dapat menggunakannya semaksimum mungkin. Jadi, apabila saya mengetahui mengenai pelan dari Unifi Home Broadband ini, saya berpendapat bahawa pelan yang ditawarkan ini berbaloi dengan harganya dan sesuai untuk keperluan harian saya. 

Tahun ini, sudah genap setahun saya dan keluarga di kampung menggunakan pelan Unifi Home Broadband. Sepanjang penggunaan internet ini, ia membolehkan ibu bapa saya untuk bertanya khabar serta menghubungi anak-anaknya secara digital tanpa sebarang gangguan sambungan internet. Justeru, bagi saya langganan Unifi Home Broadband ini amat memberikan kesan yang baik bukan sahaja terhadap saya malah terhadap keluarga di kampung. 

Anda Pelanggan Unifi Home? Rugi Jika Tidak Rebut Tawaran Eksklusif Ini 

Menariknya lagi, jika anda pengguna Unifi Home Broadband, Unifi turut menawarkan langganan pascabayar mudah alih UNI5G secara percuma selama 6 bulan untuk pengguna Unifi Home Broadband. Antara pelan langganan pascabayar yang ditawarkan adalah UNI5G Postpaid 39 dan juga UNI5G Postpaid 69. Bagi saya, ini merupakan tawaran yang berbaloi kerana anda dapat merasai pengalaman menggunakan pelan pascabayar dari Unifi. 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, setelah menggunakan pelan daripada Unifi ini serba sedikit ia dapat memudahkan urusan seharian saya. Dengan rangkaian internet yang pantas dan juga harga yang mampu milik menjadikan Unifi Home Broadband sebagai pelan internet yang sesuai dengan gaya hidup saya. Bukan itu sahaja, saya juga dapat menikmati pelan pascabayar secara percuma selama 6 bulan melalui pelan UNI5G Postpaid 39 atau UNI5G Postpaid 69. 

Jadi, jika anda ingin merasai pengalaman yang sama seperti saya, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik dari Unifi. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hadirkan diri ke cawangan Unifi dan TMpoint yang berdekatan. 

Daftar Masuk: Tukar Sekarang Ke Unifi Mobile. Tertakluk terma.

Penafian: Advertorial ini daripada Unifi

Komen