Carian
Ookla – Facebook Alami Gangguan Terbesar Di Rantau Asia Pasifik Pada Tahun 2024
December 6, 2024 Amy Maizuraa

Gangguan Facebook merupakan antara peristiwa global terbesar yang menjejaskan banyak pengguna termasuk rantau Asia Pasifik (APAC). Perkara ini didedahkan melalui laporan dikeluarkan oleh Ookla yang bertajuk Too Big to Fail? The Largest Outages in 2024 According to Downdetector baru-baru ini.

Ookla berkata gangguan Facebook pada 5 Mac yang lalu mendahului senarai gangguan terbesar di rantau Asia-Pasifik, di mana lebih 908 ribu laporan pengguna diterima melalui laman Downdetector Ookla. Ini diikuti oleh Instagram yang disenaraikan sebagai gangguan terbesar kedua di rantau Asia-Pasifik pada tahun ini dengan jumlah laporan yang diterima sebanyak 317 ribu.

Gangguan terbesar ketiga pula berlaku sekitar Jun lalu apabila lebih 168 ribu pengguna Microsoft 365 di rantau Asia Pasifik melaporkan gangguan perkhidmatan pada perkhidmatan tersebut. Jepun merupakan negara yang paling teruk terjejas akibat gangguan ini dengan lebih daripada 139 ribu laporan diterima dari negara itu sahaja. Melengkapi lima kedudukan teratas platform yang mengalami gangguan terbesar di rantau ini adalah Snapchat dan Telegram yang dilaporkan berlaku pada bulan April dan Ogos 2024.

Pendedahan ini boleh dianggap menarik bagi melihat sama ada syarikat berkaitan yang merekodkan laporan tertinggi akan melakukan penambahbaikan atau sebaliknya bagi memastikan mereka kekal relevan serta menepati kualiti pengguna global.

Komen