Honor akan melancarkan telefon pintar mercu baharu Magic7 Pro di Malaysia tidak lama lagi. Model baharu ini pertama kalinya diperkenalkan di China baru-baru. Selain itu mempunyai perkakasan dalaman yang lebih berkuasa termasuklah dikuasai oleh kecerdasan buatan (AI) dan teknologi terkini.
Salah satu daripadanya adalah Honor AI Deepfake Detection Technology yang menggunakan AI untuk mengesan risiko manipulasi digital lalu memberikan perlindungan kepada pengguna daripada ancaman penipuan deepfake yang semakin berleluasa. Melaluinya peranti boleh mengesan sebarang keadaan tidak normal atau kejanggalan yang berlau melibatkan pandangan mata, kejelasan imej, cahaya, dan ulangan video dalam masa hanya tiga saat.
Kemudian amaran akan diberikan melalui skrin utama peranti bagi membantu pengguna mengenal pasti ancaman penipuan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Butiran-butiran lain termasuk perkakasan dalaman, tarikh pelancaran rasmi dan harga jualan masih dirahsiakan setakat ini. Nantikan kemas kini selanjutnya daripada kami menerusi artikel akan datang.