Carian
Siri vivo X200 – Walaupun Jauh, Zum Masih Berkualiti Dengan Lensa Telefoto 200MP
December 7, 2024 Ikhwan Nazri

Jika kita pergi kemana-mana sahaja, pastinya kita akan suka untuk mengambil gambar kawasan sekeliling seperti bangunan, kawasan pergunungan atau objek tertentu kerana ia kelihatan indah dan juga cantik. Bukan sahaja menangkap gambar, kita juga akan mengambil video di kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai memori atau rakaman vlog harian kita. Tetapi bukankah semua tangkapan gambar dan rakaman video yang dilakukan akan menjadi lebih cantik jika mempunyai kamera yang berkualiti? Lebih-lebih lagi jika kita perlu zum dengan harapan gambar atau video tidak pecah. Oleh itu, siri vivo X200 dilancarkan untuk memberikan pengalaman penggambaran yang memuaskan kita.  

Kualiti Masih Jelas, Warna Tetap Jitu walaupun Di Zum

Ketika kita menangkap gambar subjek yang jauh seperti bangunan atau kawasan pegunungan, mesti gambar yang dihasilkan menjadi kabur atau kurang jelas apabila di zum. Tetapi itu tidak menjadi masalah pada siri vivo X200 yang mempunyai lensa kamera telefoto 200MP ZEISS APO serta ZEISS True Color Main Camera. Lensa ini mampu mengambil gambar serta video pada tetapan 4K HDR Cinematic Portrait dan hasilnya kelihatan jelas walaupun sudah di zum. 

Ciri Telephoto Super Stage Mode Yang Mengagumkan

Untuk anda yang suka pergi ke konsert ataupun festival muzik, mesti anda inginkan gambar penyanyi di atas pentas kelihatan cantik dan jelas, bukan? Jangan risau, dengan vivo X200 Pro ini, apabila kita membuka kamera, telefon ini secara automatik akan mengenalpasti keadaan atas pentas dan bertukar kepada mod Telephoto Super Stage supaya anda tidak terlepas detik-detik indah. Selain itu juga, peranti ini dilengkapi dengan Zero Shutter-Lag Motion Snapshot dimana ia dapat menangkap gambar secara jelas walaupun subjek sedang bergerak.

Bukan itu sahaja, walaupun kita berada di tempat yang jauh ketika konsert berlangsung, kita masih boleh untuk merakam video dengan kualiti yang cantik. Ini adalah kerana vivo X200 Pro ini menyokong rakaman video sehingga 30x zum serta dapat meningkatkan resolusi video dengan lebih baik. Di samping itu juga, mod Telephoto Super Stage ini membolehkan anda untuk menukar ke mod kepada gambar atau video dengan lebih lancar. 

Ketika merakam detik yang berharga di atas pentas, semestinya kita mahukan audio yang dirakam didengari dengan lebih jelas. Dengan vivo X200 Pro ni, ianya mampu untuk merakam suara secara terus walaupun telefon berada dalam keadaan posisi mendatar. Tambahan pula, vivo X200 Pro ini juga menyokong peningkatan bunyi dengan zum untuk menghasilkan bunyi yang lebih realistik dan pengalaman audio yang mengagumkan.  

Dua Cip Berbeza Untuk Prestasi Yang Lebih Mantap

Seperti mana yang kita tahu, selalunya apabila sesebuah telefon dilancarkan , telefon tersebut akan dilengkapi dengan satu cip pemprosesan untuk prestasi yang lebih mantap. Tetapi lain pula pada siri vivo X200 ini, telefon ini menggunakan dua cip pemprosesan berbeza yang cekap iaitu cip Mediatek Dimensity 9400 dan vivo V3+ Imaging Chip. Penggunaan dua cip pada telefon ini adalah untuk menyokong segala perisian menjadi lebih efisien. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membenarkan tetapan fungsi video 4K HDR Cinematic Portrait dan memastikan video yang dihasilkan tetap berkualiti walaupun membelakangi cahaya. 

Bateri Besar Dengan Pengecasan Pantas Yang Memuaskan 

Kalau kita seorang yang suka menggunakan telefon dalam jangka masa yang lama, semestinya kita memerlukan kapasiti bateri yang besar. Jadi, kita takkan risau lagi apabila menggunakan telefon untuk aktiviti seharian sebab bateri takkan cepat habis. 

Dengan vivo X200 Pro ini, kita tak perlu risau lagi kerana telefon ini memiliki kapasiti yang besar iaitu 6000mAh. Manakala vivo X200 pula sebesar 5800mAh. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang jangka hayat bateri yang cepat habis. Siri vivo X200 ini juga menyokong pengecasan pantas sehingga 90W dan ia bermakna anda tidak perlu lagi menunggu tempoh pengecasan yang lama untuk bateri penuh.

Kesimpulannya

Secara keseluruhannya, telefon ini merupakan sebuah peranti yang mampu menghasilkan gambar dan video yang berkualiti. Ini boleh dibuktikan dengan lensa kamera telefoto ZEISS APO yang dapat menghasilkan warna yang jitu dan juga gambar yang lebih jelas. Selain itu juga, penggunaan dua cip yang berbeza iaitu Mediatek Dimensity 9400 dan V3+ Imaging Chip ini mampu memberikan prestasi yang cekap dan memuaskan. Siri vivo X200 ini juga memiliki kapasiti bateri yang besar untuk menjamin penggunaan telefon sepanjang hari. 

vivo X200 5G memiliki dua warna iaitu Aurora Green dan Titanium yang dijual pada harga RM3,599 dengan storan sebesar 16GB RAM dan 512GB ROM. Manakala, vivo X200 Pro pula memiliki dua warna juga iaitu Titanium Grey dan Midnight Black yang dijual pada harga RM4,699 dengan storan sebesar 16GB RAM dan 512GB ROM. Sekiranya anda membeli siri vivo X200 ini sekarang, anda berpeluang untuk nikmati hadiah percuma yang bernilai sehingga RM1,787. Jadi, jika anda berminat untuk mendapatkan siri vivo X200,  boleh dapatkannya melalui kedai e-dagang atau laman web rasmi vivo Malaysia.  

Dapatkan sekarang: Vivo X200 Hari Ini. 

Penafian: Advertorial ini daripada vivo Malaysia 

Komen