Carian
Semua Pengguna X Kini Boleh Mengakses Sokongan Pembantu AI, Grok
December 7, 2024 Aman

X atau dulunya dikenali sebagai Twitter sedia mengintegrasikan sokongan model kecerdasan buatan mereka tersendiri dinamakan Grok. Ia dibangunkan oleh satu lagi anak syarikat Elon Musk, iaitu xAI.

Selepas dihadkan kepada pengguna berbayar, kini Grok turut diperluaskan kepada semua pengguna percuma di platform X. Kami sendiri telah mengujinya, dan ia dilihat telah turut diaktifkan untuk pengguna di Malaysia – dan turut menyokong interaksi dalam bahasa Malaysia.

Melalui versi percuma, pengguna boleh menghantar sehingga sekitar 10 mesej setiap 2 jam kepada Grok, dan menerima maklumbalas untuknya. Grok diposisikan sebagai model kecerdasan buatan yang turut mengintegrasikan informasi masa-nyata – hasil integrasi bersama data-data perkongsian di X. Grok juga turut memperlihatkan sumber halaman web yang menjadi rujukan dalam memberikan sesuatu jawapan kepada pengguna – memudahkan untuk menyemak sesuatu maklumbalas yang diberikan.

Bagi anda yang aktif menggunakan X, anda boleh mencuba Grok ini secara terus melalui web atau aplikasi mudah-alih hari ini.

Komen