Carian
ShopeeFood Diperluaskan Ke Papar, Segamat Dan Teluk Intan
December 7, 2024 Aman

Kebelakangan ini, ShopeeFood dilihat agak aktif dalam memperluaskan liputan bandar-bandar dengan perkhidmatan penghantaran makanan. Selepas memperkenalkan perkhidmatan di Kuala Terengganu baru-baru ini, ShopeeFood turut memperluaskan perkhidmatan mereka ke tiga bandar lain.

Tiga bandar berkenaan adalah di Papar, Sabah; Teluk Intan, Perak; dan juga Segamat, Johor. Pengguna di ketiga-tiga kawasan ini kini boleh mengakses menu ShopeeFood melalui aplikasi Shopee, dan menggunakannya dalam melakukan tempahan makanan daripada restoran setempat.

Selari pengenalan ini juga, Shopee menyediakan sejumlah baucar yang boleh ditebus daripada halaman khusus untuk Papar, Teluk Intan dan juga Segamat. Bagi anda yang berada di kawasan berkenaan, boleh mencuba ShopeeFood hari ini.

Komen