Carian
Honor X5b Plus Akan Tersedia Di Malaysia Bermula 11 Disember 2024
December 9, 2024 Amy Maizuraa

Honor turut memperkenalkan peranti kelas asas baharu iaitu X5b Plus yang sememangnya direka khusus untuk kegunaan harian. Ia tampil dengan dua pilihan warna baharu iaitu Ocean Blue dan Midnight Black. Selain itu menjadi pengganti untuk Honor X5 Plus yang diumumkan pada tahun lalu.

Honor X5b Plus dilengkapi skrin 6.56-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Helio G36, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Perisian MagicOS 8.0 (Android 14) turut disediakan dengan pelbagai ciri berasaskan AI seperti AI Object Recognition, AI Clarity Enhancement dan AI Magic Capsule. Selain itu mempunyai kamera utama 50MP, swafoto 5MP dan bateri 5200mAh.

Wakil Honor mengatakan peranti ini dijual pada harga RM429 sebuah melalui kedai fizikal rasmi. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah mendapatkannya bermula 11 Disember 2024 nanti.

Komen