Carian
Kehadiran Siri Realme 14 Pro Mula Diacah Menerusi Poster Rasmi
December 9, 2024 Amy Maizuraa

Kehadiran siri Realme 14 Pro diacah secara rasmi menerusi kemaskini baharu di X. Peranti ini merupakan kesinambungan untuk Realme 13 sebelum ini yang dipasarkan dalam segmen pertengahan. Di samping memberi fokus terhadap rekaan, prestasi dan sistem kamera.

Dalam kenyataan hari ini, Realme memaklumkan butiran yang disahkan setakat ini ialah cip Snapdragon 7s Gen 3 akan menguasai peranti. Ia merupakan cip 4nm yang diletakkan di bawah Snapdragon 7+ Gen 3 dan Snapdragon 7s Gen 3. Selain itu dilengkapi dengan CPU Kryo yang menawarkan peningkatan prestasi CPU 20%, GPU 40% lebih pantas dan prestasi AI meningkat sehingga 30% berbanding Snapdragon 7s Gen 2. Sekali lagi sokongan sensor periskop boleh diberikan di sini seperti namun butiran berkaitan masih belum diperincikan sama ada lebih baik berbanding sebelum ini atau sebaliknya.

Komen