Carian
Domain Itch.io Digantung Akses – Membuatkan Pengguna Tidak Boleh Mengakses Gedung Permainan Video Indie
December 9, 2024 Aman

Itch.io merupakan salah satu gedung permainan video dan aplikasi indie terkemuka, membolehkan pelbagai para pembangun bebas atau perseorangan untuk menerbitkan permainan yang dibangunkan melaluinya. Walaubagaimanapun, kini laman tersebut tidak boleh diakses, disebabkan oleh nama domain Itch.io digantung aksesnya.

Menurut perkongsian pihak Itch.io, ia dikatakan perkara ini berlaku kerana Funko menggunakan sebuah perisian dikuasakan kecerdasan buatan untuk melindungi penjenamaan, membuatkan perisian berkenaan menghantar laporan palsu kepada pendaftar domain, sekaligus membawa kepada penggantungan akses ke nama domain tersebut.

Pihak Itch.io telah menghubungi pendaftar nama domain mereka, namun ia seperti tidak diendahkan, dan nama domain Itch.io masih digantung aksesnya.

Melalui perkongsian terkini Itch.io, mereka menyatakan sekiranya masalah akses terus berlaku untuk tempoh lebih 8 jam, maka mereka akan pertimbang untuk memperkenalkan nama domain baharu untuk perkhidmatan mereka.

Komen