Xiaomi kini berkongsi mengatakan bakal memperkenalkan kenderaan elektrik kedua mereka, yang juga SUV pertama berjenama Xiaomi pada tahun hadapan, sekitar Jun atau Julai. SUV pertama Xiaomi berkenaan akan dikenali dengan nama YU7.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Xiaomi-YU7-950x534.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Xiaomi-YU7-02-950x534.jpg)
Xiaomi berkongsikan berkenaan perancangan pengenalan ini melalui halaman Weibo di China. Kereta SUV Xiaomi ini juga dijangka menawarkan tanda harga kompetitif seperti penawaran Xiaomi SU7 sebelum ini.
Dengan pengenalan kereta elektrik kedua ini, Xiaomi dilihat bergerak pantas dalam arena automotif dengan mengeluarkan lebih banyak penawaran kepada pengguna. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah perancangan pihak Xiaomi untuk penawaran kenderaan mereka bagi pasaran global.
Xiaomi dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran spesifikasi dan sebagainya berkenaan Xiaomi YU7 ini dalam bulan-bulan akan datang.