Carian
Apple Mungkin Tidak Lagi Menggunakan Rekaan Takuk Pada Skrin MacBook Pro Seawal 2026
December 10, 2024 Aman

Apple sebelum ini sedia memperkenalkan rekaan baharu MacBook Pro, yang hadir dengan penggunaan takuk pada skrin dalam memposisikan kamera. Rekaan berkenaan menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pengguna, dimana ada yang menyukainya, dan ada juga menganggapnya menganggu pada skrin komputer riba.

Terbaru, mengikut jangkaan firma penyelidikkan melalui MacRumors, Apple disasarkan untuk tidak lagi menyertakan takuk pada skrin MacBook Pro 14-inci dan juga 16-inci, seawal 2026 kelak. Sebaliknya, Apple dijangka menggantikan ia dengan penggunaan lubang pada skrin untuk memposisikan kamera hadapan – lebih kurang seperti dilakukan sejumlah pengeluar telefon pada telefon di pasaran hari ini.

Disamping itu, ia turut dijangka MacBook Pro dengan panel OLED turut hadir sekitar tempoh yang lebih kurang sama.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari rekaan takuk pada skrin MacBook Pro?

Komen