Carian
Samsung Galaxy S25 Mungkin Akan Menyokong Pengecasan Nirwayar Qi2
December 10, 2024 Fahim Zahar

Piawaian pengecasan nirwayar pantas magnetik Qi2 masih tidak meluas. Setakat ini peranti paling banyak adalah iPhone dan pada Android hanya ada satu sahaja iaitu HMD Skyline. Malah, peranti Snapdragon 8 Elite yang telah dilancarkan sekarang pun masih tidak menyokong Qi2. Terbaru, Samsung dilaporkan akan menggunakan teknologi ini.

Menurut peniris produk Samsung terkenal, Ice Universe – siri Samsung Galaxy S25 akan datang akan menyertakan sokongan pengecasan nirwayar magnetik Qi2. Ini adalah berita baik selepas Galaxy S24 Ultra dikatakan tidak menyokong Qi2 untuk mengelak masalah S-Pen. Ini bermakna Samsung telah menemui jalan penyelesaian.

Sumber imej: Weibo Ice Universe

Dengan Qi2, peranti boleh dicas secara nirwayar magnetik pada kuasa 15W. Tanpa magnet ia akan terhad kepada 7.5W sahaja. Berbeza dengan iPhone yang menyokong pelbagai piawaian, MagSafe secara eksklusif menyokong 25W.

Komen