Sebuah penyakit misteri telah dikesan di Republik Demokratik Congo dengan wakil Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan ia telah menjangkiti lebih daripada 406 individu dan menyebabkan 31 kematian setakat ini. Pesakit menunjukkan simptom seakan selema. Kes pertama dikesan pada 21 Oktober lalu di daerah Kwango.
Dipercayai terdapat ramai lagi pesakit tetapi sedang dirawat di rumah. Pada waktu yang sama jumlah kematian juga dikhuatiri lebih tinggi kerana hanya kematian di hospital direkodkan. Majoriti yang meninggal dunia ialah kanak-kanak. Sebab kematian yang masih lagi misteri ini membuatkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika melabelnya sebagai Penyakit X di ketika ini. Ia mungkin pneumonia, selesema, Covid, demam capak, malaria, dan jangkitan E. coli.
WHO menyatakan risiko Penyakit X kepada orang di kawasan tempatan adalah tinggi dengan risikonya di keseluruhan Congo pula adalah sederhana. Di peringkat antarabangsa pula, risiko Penyakit X masih lagi dikategorikan sebagai rendah.