Automattic Mengambil-Alih Pembangun Penyelesaian AI Untuk WordPres, WPAI
December 10, 2024
Web 2.0
Aman
Automattic hari ini mengumumkan pengambil-alihan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan penyelesaian dikuasakan kecerdasan buatan untuk WordPress, iaitu WPAI.

WPAI pada hari ini menyediakan beberapa produk, termasuk CodeWP yang membantu para pembangun WordPress ketika mengaturcara, AgentWP yang merupakan ejen AI untuk WordPress, dan juga WPchat, iaitu alternatif ChatGPT untuk pertanyaan berkenaan dengan WordPress.
Dengan pengambil-alihan ini, beberapa perubahan akan berlaku, termasuk produk CodeWP dan AgentWP yang akan ditamatkan dan diintegrasikan dibawah penawaran Automattic.
Harga dan nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan kedua-dua pihak buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.