Carian
Anda Kini Boleh Memberi Penghargaan Kepada Pengikut Facebook Dengan Imej Janaan AI
December 10, 2024 Fahim Zahar

Facebook kini juga adalah tempat di mana pencipta kandungan boleh menjana pendapatan. Ia juga adalah platform untuk pengguna menikmati pelbagai kandungan dari berita, pelbagai koleksi gambar atau juga video. Pengikut di Facebook turut boleh membantu pencipta kandungan menjana pendapatan dengan melanggan akses perkongsian atau menghantar Star. Terbaru, pemilik akaun Facebook kini boleh memberi penghargaan kepada pengikut dengan imej janaan AI automatik.

Ciri ini biasanya akan memaparkan pengikut yang kerap berinteraksi dengan perkongsian di Facebook dan yang paling aktif membolehkan pencipta kandungan memberi penghargaan dengan tag mereka di Facebook berserta tema latar belakang yang telah disediakan. Versi terbaru ini, Facebook memberi pilihan beberapa imej yang dijana dengan kecerdasan buatan generatif.

Pemilik akaun turut boleh menjana imej sendiri dengan memasukkan prom dan setiap imej yang dijana akan ada tera air sebagai petanda ia adalah imej janaan. Ciri ini besar kemungkinan adalah sebahagian dari Meta AI yang telah disahkan akan tiba ke pasaran Malaysia.

Komen