Carian
Trial Reels Membolehkan Pengguna Menguji Format Kandungan Berbeza Di Instagram
December 11, 2024 Effi Saharudin

Setiap pempengaruh dan penghasil kandungan mempunyai gaya tersendiri untuk menarik perhatian penonton. Apabila formula terbaik ditemukan, jarang sekali ia akan diubah kerana mereka mengetahui inilah kandungan yang paling serasi dengan penonton mereka. Tetapi hari ini Instagram memperkenalkan ciri Trial Reels yang memberikan ruang kepada pengguna untuk bereksperimentasi.

Kandungan Trial Reels tidak akan ditunjukkan kepada pengguna yang sudahpun mengikuti akaun. Sebaliknya ia ditunjukkan kepada pengguna lain yang mungkin tidak pernah melihat kandungan yang dihasilkan sebelum in. Selepas 24 jam, statistik tontonan, Likes, komen dan perkongsian akan diberikan bagi melihat sama ada kandungan yang berbeza ini mendapat perhatian atau sebaliknya.

Pengguna kemudian boleh memilih untuk berkongsi Reels ini kepada pengguna yang mengikuti akaun. Menerusi ciri ini Instagram menggalakkan pemilik akaun mencuba sesuatu yang baharu terlebih dahulu tanpa risiko mendatangkan risiko ia tidak disukai oleh pengikut sedia ada.

Komen