Carian
YouTube Kids Dikemaskini Membolehkannya Digunakan Secara Menegak
December 11, 2024 Effi Saharudin

Aplikasi YouTube Kids diberikan wajah baharu pagi ini bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Antaramuka kini diberikan sentuhan lebih matang menyerupai rekaan aplikasi YouTube. Akhirnya aplikasi boleh digunakan pada kedudukan peranti dipegang menegak.

Seterusnya terdapat butang untuk pelbagai kategori video yang boleh ditonton oleh pengguna. Seterusnya pada bahagian bawah palang navigasi juga ditambah baik dengan pautan kepada profil, Home, Search, dan Your Stuff. Di dalam Your Stuff pula terdapat pautan untuk melihat video yang pernah ditonton, melakukan perkongsian dan menonton kandungan yang dimuat turun.

Aplikasi YouTube Kids dengan wajah baharu ini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS hari ini.

Komen