Carian
Pencipta Dragon Ball Akira Toriyama Meninggal Dunia
March 8, 2024 Effi Saharudin

Hari ini ialah hari yang cukup suram kerana Akira Toriyama, pencipta komik dan anime terkenal Dragon Ball serta Dr Slump telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun. Beliau sebenarnya meninggal dunia pada 1 Mac lalu akibat darah terkumpul di antara tengkorak dan permukaan otak.

Toriyama dikenali sebagai tokoh dalam industri hiburan, dengan karya-karyanya yang telah meninggalkan kesan mendalam di kalangan peminat komik dan animasi. Dragon Ball yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1984, telah menjadi fenomena global yang mungkin adalah antara eksport budaya Jepun yang paling dikenali bersama dengan One Piece, Doraemon, Hello Kitty dan Godzilla. Selain itu beliau juga terlibat dalam menghasilkan permainan video seperti Devil Man dan Dragon Quest.

Berita kematian cukup mengejutkan dengan mangaka terkemuka lain seperti Eiichiro Oda dan Masashi Kishimoto memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada Toriyama kerana menjadi inspirasi untuk mereka memulakan kerjaya komik mereka.

Komen