Samsung Galaxy A16 5G telah dilancarkan di Malaysia pada November lalu dengan harga RM899. Ciri yang paling menjadi tumpuan tentulah sokongan kemaskini android dan sekuriti selama enam tahun yang diberikan. Sekali gus menjadi antara peranti dalam siri Galaxy A yang terawal menerima kemaskini berkenaan.
Terbaharu kami mendapati versi LTE pula mula disenaraikan melalui laman web rasmi Samsung Malaysia. Hal ini memberi gambaran jelas tentang perancangan Samsung untuk membawa masuk peranti berkenaan ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Tempoh masa penawaran rasmi masih belum diketahui namun spesifikasi peranti sudah didedahkan sepenuhnya.
Samsung Galaxy A16 LTE boleh didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hijau. Selain itu mempunyai skrin Super AMOLED FHD+ sebesar 6.7-inci. Cip lapan teras turut menguasai peranti dengan pilihan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sama seperti versi 5G, sokongan kemaskini android dan sekuriti selama enam tahun yang turut diberikan.
Lain-lain spesifikasi ialah bateri 5000mAh, kalis air IP54, kamera utama 50MP + 5MP + 2MP dan swafoto 13MP. Setakat artikel ini ditulis, peranti dilihat sekadar disenaraikan dan tiada maklumat mengenai harga jualan yang ditemui.