Carian
Google Docs Kini Membantu Anda Menulis Menggunakan AI
December 11, 2024 Fahim Zahar

Sedikit demi sedikit, aplikasi-aplikasi Google tersendiri diintegrasikan dengan ciri kecerdasan buatan generatif. Terbaru adalah pada Google Docs dan seperti biasa, Gemini adalah model bahasa raya yang menguasakan ciri menarik ini.

Dalam Google Docs, ciri seakan Gmail iaitu Help me create kini boleh digunakan. Ia boleh menuliskan dokumen untuk anda berdasarkan fail-fail yang ada dalam Google Drive, atau anda sendiri boleh masukkan prom untuk ia tulis sendiri. Pengguna boleh menjana teks berdasarkan dokumen dalam Drive dengan hanya tag @nama dokumen.

Seperti ciri AI lain, Help me create turut boleh menulis semula dokumen dengan tona bahasa berbeza, menyemak ejaan dan tatabahasa, atau menukar struktur ayat. Ciri ini boleh digunakan oleh semua pengguna perusahaan dan pendidikan dengan langganan Premium untuk Gemini atau untuk semua pengguna yang melanggan pelan Google One AI Premium.

Komen