Carian
Astro Memegang Hak Penyiaran Liga EPL dan Piala FA Emirates Sehingga 2028
December 11, 2024 Effi Saharudin

Astro hari ini mengumumkan kejayaan pembaharuan hak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang – 2025/26 hingga 2027/28. Penyambungan hak penyiaran ini mengukuhkan perkongsian jangka panjang Astro dan Liga Perdana bagi memastikan peminat dapat meneruskan akses kepada liga bola sepak paling popular dunia ini.


Pembaharuan hak penyiaran ini akan menyaksikan Astro terus menyiarkan kesemua 380 perlawanan Liga Perdana dalam resolusi HD dan perlawanan terpilih pada resolusi 4K UHD, bersama-sama dengan keseluruhan Piala FA Emirates. Di samping perlawanan secara langsung, Astro akan turut menghasilkan rangkaian kandungan asli seperti program majalah, temubual eksklusif dan pembentangan tepi padang.

Turut diumumkan hari ini Astro akan menayangkan tayangan perdana siri kedua rancangan popular, “Dari KL ke PL” pada Januari 2025. Ia adalah sebuah rancangan realiti perjalanan yang menampilkan bakat hiburan dan sukan Malaysia yang menikmati perlawanan Liga Perdana di UK.

Semua pelanggan Astro boleh menonton Liga Perdana Inggeris menerusi pek Astro One Sport Pack, yang turut menawarkan acara BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, kriket, tenis dan banyak lagi.

Komen