HarmonyOS Next Boleh Menjalankan Aplikasi Android Dengan GMS Melalui Pelagak Khas
Fahim Zahar
HarmonyOS Next ialah sistem operasi sarwajagat yang digunakan pada kesemua produk di bawah ekosistem Huawei. Menerusi penggunaan Ark Engin, ia adalah HarmonyOS juga merupakan sistem operasi rekaan sendiri sepenuhnya tanpa menggunakan kernel Android. Terbaru, seorang pengguna beta mendapati HarmonyOS Next tiada masalah menjalankan aplikasi Android.
Bukan itu sahaja, ia turut boleh menjalankan sistem Google Play Services walaupun ciri-ciri Google pada telefon pintar diharamkan di China. Untuk menjalankan aplikasi Android, Huawei AppGallery menawarkan aplikasi pelagak EasyAbroad lengkap dengan sokongan widget untuk akses mudah.
Pelagak ini kemudiannya menjalankan aplikasi-aplikasi Android di dalam antaramuka tersendiri dan pengguna Huawei perlu mengakses semua aplikasi dari dalam EasyAbroad. Ia juga lengkap dengan sistem MicroG, yang membolehkan perkhidmatan Google diakses tanpa akaun dan tanpa VPN. EasyAbroad dilihat adalah alternatif kepada GBox atau Google Box yang pernah dipromosikan oleh Huawei sebelum ini.

Jika anda mendapatkan set import Huawei Mate 70 yang sedia menjalankan HarmonyOS Next, dinasihatkan untuk tidak log masuk akaun peribadi Google anda pada mana-mana pelagak tidak kira EasyAbroad, GBox atau Lighthouse. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerentanan sekuriti berlaku yang boleh merisikokan akaun anda.
[sumber] Gizmochina [/sumber]