Carian
Butiran Dell Pro Max Tertiris – Bakal Dikuasakan Intel Arrow Lake HX Dan 256GB Memori CAMM2 DDR5
December 12, 2024 Nazrin

Sama seperti banyak jenama PC, Dell akan melancarkan sejumlah produk baru di acara CES 2025 pada bulan Januari 2025. Mereka akan memperkenalkan sebuah produk komputer riba baru yang dinamakan Dell Pro Max iaitu sebuah komputer riba berkuasa dengan pilihan paparan bersaiz 16 dan 18 inci.

Spesifikasi untuk komputer riba ini juga sudah tertiris ke arena web, yang mana ia akan hadir dengan penawaran pilihan paparan skrin tandem OLED bersaiz 16 dan 18 inci, dan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Arrow Lake HX, siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake untuk komputer riba yang paling berkuasa setakat ini yang juga belum diumumkan lagi.

Ia juga akan hadir dengan penawaran memori LPDDR5X CAMM2 sebesar 256GB, yang boleh dilihat sebagai penawaran memori terbesar didalam sebuah komputer riba setakat ini. Storan untuk komputer riba ini juga dilihat cukup besar sekali, dimana

Ia juga nampaknya akan hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA sehingga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 untuk komputer riba, yang juga memberi kami butiran bahawa komputer riba ini mungkin akan tiba di pasaran sekitar pertengahan ataupun penghujung tahun 2025 kelak.

Dari sokongan palam, komputer riba Dell Pro Max dilaporkan hadir dengan palam Thunderbolt 5 untuk pengecasan komputer riba ini. Keunikan Dell Pro Max disini ialah ia hadir dengan modul palam USB yang “modular” dimana ia diskru pada papan induk, dan tidak dipateri seperti banyak komputer riba lain. Ini membolehkan pengguna untuk menggantikan modul palam tersebut sekiranya ia rosak kerana penggunaan yang banyak.

Dell Pro Max juga akan hadir dengan penggunaan TDP sehingga 200W, dan dijangka ialah model paling premium dan paling padat dengan spesifikasi-spesifikasi hebat dalam sebuah komputer riba.

Komen