Perkhidmatan ChatGPT kini dilihat tergendela, membuatkan para pengguna seluruh dunia tidak boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan buat masa ini.
Melalui laman rasmi ChatGPT, pihak pembangunnya mengatakan telah mengenal-pasti punca masalah, dan sedang membangunkan penyelesaian untuknya. Tiada sebarang latar masa dikongsikan berkenaan dengannya buat masa ini.
Ia tidak diketahui sama ada masalah ini hadir disebabkan oleh pengenalan integrasi ChatGPT melalui iOS 18.2 yang membawa kepada lambakkan pengguna, atau tidak. Bagi pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan seumpama ChatGPT, boleh mencuba perkhidmatan alternatif lain seperti Google Gemini, Claude AI, ataupun Grok.