Carian
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
December 12, 2024 Fahim Zahar

Tidak semua yang menggunakan iPhone memiliki peranti Mac, jadi perkara ini sedikit menyukarkan pengguna dalam tugasan perkongsian fail dan beberapa lagi. Disebabkan itu sejak tahun lepas, Microsoft telah menyokong Phone Link pada iPhone agar ia mesra digunakan bersama peranti Windows. Terbaru, ciri perkongsian fail pantas telah disertakan.

Jika anda telah selesai menetapkan Phone Link antara iPhone dan peranti Windows, dengan kemas kini baharu anda boleh terus pilih fail yang anda ingin kongsi, tekan kongsi dan pilih untuk kongsi ke Link to Windows. Peranti Windows akan memaparkan notifikasi proses pemindahan fail dari iPhone ke peranti telah selesai dan sedia dibuka dalam folder.

Bukan itu sahaja, dari komputer Windows anda turut boleh kongsi fail terus ke iPhone. Piloh mana-mana fail, tekan kongsi dan pilih kongsi ke My Phone dan Windows akan menghantar fail tersebut ke peranti anda yang aktif dengan sambungan Phone Link.

Ciri ini dilihat terhad kepada pengguna Windows Insider yang menggunakan Phone Link versi 1.24112.89.0, aplikasi Link to Windows iOS versi 1.24112.73 dan iPhone yang menjalankan iOS 16 ke atas.

Komen