YTL kini melalui YTL AI Labs memperkenalkan model bahasa raya atau dipanggil ramai sebagai LLM mereka tersendiri. Model bahasa raya mereka dikenali dengan nama Ilmu, dan model yang diumumkan adalah Ilmu 0.1.
Ketika artikel ini ditulis, akses awam untuk Ilmu 0.1 masih belum diterbitkan. Namun, YTL bersama-sama Universiti Malaya telah bangunkan kaedah penanda aras untuk model berbahasa Malaysia, dinamakan MMLU, dan boleh diakses melalui Github – dalam usaha untuk menguji model bahasa raya berbahasa Malaysia, dan melihat prestasinya.
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu. Model ini juga dikatakan akan membolehkan sokongan lebih meluas untuk pelbagai industri, termasuk kewangan, pendidikan, perkhidmatan awam dan sebagainya.
Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk model bahasa raya Ilmu, dan apa lagi produk yang bakal ditawarkan dibawah YTL AI Labs.