Realme Neo7 Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9300+ Dan Bateri 7000mAh
Amy Maizuraa
Realme GT Neo7 telah dilancarkan di China pada Rabu. Tumpuan diberikan pada penawaran spesifikasi kelas mercu bersama kapasiti bateri yang besar pada harga menarik. Selain itu mempunyai beberapa ciri berasaskan AI yang bermanfaat melalui perisian realme UI 6.0 (berasaskan Android 15).

Peranti ini dilengkapi skrin LTPO OLED sebesar 6.78-inci beresolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 6000nits. Ini digabungkan dengan cip Mediatek Dimensity 9300+, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Seperkara lagi yang menarik adalah bateri besar 7,000mAh yang menggunakan teknologi silikon karbon dengan baik untuk ketahanan lebih baik. Selain itu menyokong pengecasan pantas 80W yang boleh dicas melalui port USB-C. Realme melengkapkan lagi telefon ini dengan dwi-kamera belakang yang meliputi sensor 50MP Sony IMX50 882 dengan OIS sudut lebar 8MP. Untuk swafoto, telefon ini mempunyai kamera hadapan sebesar 16MP.

Realme GT Neo7 juga mempunyai ciri Sky Communication System 2.0 untuk sambungan rangkaian yang lebih baik, pembesar suara stereo dengan pensijilan audio Hi-Res dan kalis air IP68/69. Harga jualan rasmi bermula CNY 2,099 (kira-kira RM1,280.60) sebuah.