Carian
Intel Arc B580 Memperlihatkan Prestasi Lebih Baik Berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 Dalam Ujian 3DMark
December 12, 2024 Nazrin

Siri kad grafik Intel Arc Battlemage baru sahaja dilancarkan dengan dua model kad grafik, termasuklah Intel Arc B580 dan Intel Arc B570, dan ia dijangka akan dijual tidak lama lagi. Terkini, satu skor penanda-aras kad grafik Arc B580 telah tertiris di arena web, dan ia memperlihatkan sedikit bagaimanakah prestasi kad grafik tersebut.

Skor penanda-aras 3DMark Time Spy diperlihatkan, dan skor 15,551 diperlihatkan, dan ia nampaknya 30 peratus lebih berkuasa berbanding penawaran NVIDIA GeForce RTX 4060. Menariknya, ia juga dilihat lebih baik berbanding kad grafik Intel Arc A770 dan Arc A750 sebelum ini, yang merupakan kad grafik paling berkuasa Intel sebelum ini.

Walaupun begitu, setakat ini kita tidak tahu lagi apakah prestasi kad grafik ini apabila menggerakkan permainan komputer sebenar. Ia dijangka bahawa perbezaan dari segi prestasi dalam aspek ini mungkin tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan NVIDIA GeForce RTX 4060, tetapi mungkin dengan tanda harga yang lebih murah, penawaran Intel masih boleh menjadi popular di kalangan gamer yang tidak mahu membelanjakan begitu banyak wang untuk menaiktarafkan komputer mereka.

Komen