Carian
Panic Mengumumkan Blippo+ – Platform Penstriman Video Aneh Dalam Format 1-bit
December 12, 2024 Fahim Zahar

Panic iaitu penerbit di sebalik permainan popular Untitled Goose Game dan juga konsol mudah alih Playdate kini mengumumkan platform penstriman video tersendiri. Lebih aneh, platform ini akan ditawarkan melalui Steam dan akses melalui web dengan kandungan video dengan format di luar jangkaan anda.

Platform ini dinamakan sebagai Blippo+ dan ia memfokuskan kepada video berformat 1-bit seakan pada skrin konsol Playdate. Tidak banyak yang dikongsi oleh Panic selain satu video acah di YouTube dan laman web dengan alat kawalan jauh retro mini sebagai kawalan. Kandungan video memang kelihatan seakan video retro dengan konsep seakan iklan produk di televisyen dan juga kandungan cringe yang mengelirukan.

Berikut adalah ciri yang agak mengelirukan yang akan ditawarkan di Blippo+;

  • Non-demand
  • Linear broadcast
  • ⣿⣿⣿⣿⣿ enabled
  • Commercial-free
  • Under the Air (UTA)
  • Over-the-top
  • Read-only
  • End-user information system
  • with robust electronic program guide

Tiada tarikh yang diumumkan, tetapi Blippo+ dilihat turut akan tersedia untuk pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Akses Blippo+ di sini [/sumber]

Komen