Carian
Perjalanan Masuk Ke Singapura Boleh Dilakukan Tanpa Pasport Bermula 16 Disember 2024
December 12, 2024 Amy Maizuraa

Orang ramai termasuk rakyat Malaysia kelak boleh menikmati kemudahan pelepasan tanpa pasport di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands), serta di Marina Bay Cruise Centre Singapore (MBCCS), mulai 16 Disember 2024.

Pelepasan tanpa pasport ini dilakukan dalam bentuk pelaksanaan laluan imigresen kod QR di balai bas bagi semua jenis pengangkutan di pusat pemeriksaan darat. Di mana semua penumpang bas boleh menggunakan pelepasan kod QR di balai bas berkenaan lantas mengurangkan purata masa pelepasan menjadi lebih singkat. Bagaimanapun pelawat asing yang mengunjungi Singapura buat kali pertama masih perlu menunjukkan pasport. Di mana hanya dapat menggunakan kod QR ini bagi perjalanan yang berikutnya. Buat masa ini, ia masih dilakukan secara berperingkat dengan pelaksanaan penuh dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2025.

Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) telah melaksanakan pelepasan kod QR untuk pemandu kereta pada 19 Mac 2024, pemandu bas pada 15 April 2024, penunggang motosikal pada 15 Ogos 2024, dan pemandu kenderaan kargo serta pembantu pengiring pada 30 Ogos 2024. Sehingga 1 Disember 2024, hampir 28 juta pelancong telah menggunakan kod QR untuk perjalanan masuk ke Singapura di pusat pemeriksaan darat.

Komen