Carian
Kino Adalah Aplikasi Paling Popular Tahun 2024 Di Apple App Store
December 12, 2024 Fahim Zahar

Anugerah Apple App Stores 2024 telah pun berlangsung dan dari 45 aplikasi yang dicalonkan, 17 telah dipilih sebagai aplikasi paling popular di gedung aplikasi Apple ini. Pemenang adalah untuk aplikasi dengan jumlah pengguna yang menerima pengalaman penggunaan terbaik, rekaan antaramuka dan juga inovasi.

Pemenang untuk aplikasi iPhone adalah Kino, iaitu aplikasi perakam video profesional yang dibangunkan oleh pembangun sama untuk kamera Halide. Berikut adalah senarai aplikasi lain yang menang tahun ini.

Aplikasi

  • Aplikasi iPhone Terbaik: Kino, dari Lux Optics, Inc. 
  • Aplikasi iPad Terbaik: Moises, dari Moises Systems, Inc. 
  • Aplikasi Mac Terbaik: Adobe Lightroom, dari Adobe, Inc. 
  • Aplikasi Vision Pro Terbaik:  What If…? An Immersive Story, dari Disney.
  • Aplikasi Apple Watch Terbaik:  Lumy, dari Raja V.
  • Aplikasi Apple TV Terbaik: F1 TV, dari Formula One Digital Media Limited.

Permainan

Aplikasi Yang Memberi Impak Kepada Pelbagai Budaya

  • Peta untuk orang buta: Oko from AYES BV
  • Aplikasi AI untk belajar membaca: EF Hello from Signum International AG
  • Koleksi seni digital dari pelbagai zaman: DailyArt from Zuzanna Stanska
  • Permua yang menghubungkan pengguna bersama rakan dan keluarga: NYT Games from The New York Times Company
  • Permua interaktif mengenai masalah kesihatan mental: The Wreck from The Pixel Hunt
  • Aplikasi membantu pesakit HIV bersosial: Do You Really Want to Know 2 from Gamtropy Co., Ltd.
Komen