Carian
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (PKBK) Dilancarkan – Memacu Polisi Dan Pelaksanaan AI Di Malaysia
December 12, 2024 Aman

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini secara rasminya telah melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (PKBK), selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat global. PKBK ini juga akan memainkan peranan dalam membentuk polisi serta pelbagai perkara melibatkan kawal selia.

PKBK juga akan memacu pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dengan menghubungkan pihak-pihak berkaitan, mempromosikan inovasi melibatkan kecerdasan buatan, serta mengalakkan kerjasama melibatkan kecerdasan buatan. Dengan adanya pejabat ini juga, ia akan memudahkan pelbagai syarikat atau firma luar yang ingin memasuki pasaran tempatan, untuk merujuk terus kepada PKBK bagi pelbagai pertanyaan dan bantuan. Perdana Menteri turut mengatakan pembukaan PKBK ini adalah selari berpacukan kepada ekonomi digital.

Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan ini akan diterajui oleh Shamsul Izhan Abdul Majid, yang sebelum ini bertugas di SKMM. Agensi baharu ini akan diposisikan dibawah MyDigital dibawah Kementerian Digital.

Bergerak kehadapan, PKBK akan merangka sejumlah perkara, termasuk Pelan Tindakan Teknologi AI 2026-2030, Kajian Kesan AI untuk Kerajaan, Laporan Trend AI Kebangsaan, Kod Etika AI, dan beberapa yang lain. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengatakan pembukaan PKBK akan meningkatkan keupayaan untuk bersaing namun perlu seiring dengan pemupukkan nilai ihsan, jati diri, etika, kemanusian, kefahaman agama, budaya dan hormat menghormati supaya tadbir urus yang lebih telus, adil dalam mendakap keseluruhan pelaksanaan AI ini.

Komen